Letakkan kod ShoutBox anda disini
t;

Tuesday, 31 January 2012

WELCOME FEBRUARI 2012...!!!!!.


Hari ini kita sudah memasuki bulan kedua dalam tahun 2012, iaitu bulan Februari. Tahun ini, bulan Februari hanya 29 hari. Siapa yang lahir pada 30 Februari, maknanya tiada hari jadi pada tahun ini. Hehe, tapi kan boleh ganti dengan 28 Februari atau 1 Mac. Ini adalah ciri unik pertama untuk bulan Februari. Daripada kesemua 12 bulan dalam tempoh setahun, bulan Februari dihitung dengan tidak tetap. Ada 28 hari dan ada 29 hari.

Bulan Februari yang baru menjelang ini adalah bulan kedua dalam tahun 2012, dan bulan ini cuma ada 29 hari. Bagi yang makan gaji, memang bulan ini agak lega, kerana gaji awal. Bagi sesetengah orang pula, sebelum perayaan Tahun Baru Cina, gaji sudah masuk. Itu soal gaji, di sudut lain, bulan ini kita hanya ada 29 hari untuk melakukan yang terbaik dalam hidup kita, kerana Februari 2012 tidak akan berulang lagi.

Bagi yang membina azam tahun baru 31 hari yang lalu, ini masa yang sesuai untuk membuat penilaian. Pertama, jika anda merasakan soal 'Azam Tahun Baru 2012' adalah isu lapuk, yang tidak patut di bincangkan pada bulan Februari ini, bermakna azam dulu hanya aktiviti biasa pada menyambut tahun baru;-)
Baru bulan Februari, sudah rasa 'menyampah' dan 'bosan' membincangkan azam tahun baru?

Baru bulan Februari sudah putus asa dan merasakan azam tahun baru sudah gagal atau tidak boleh jalan?
Oh, jangan begitu. Kita baru masuk bulan kedua dalam tahun 2012. Ada 10 bulan lagi. Jum, semak balik apa azam tahun baru kita dulu. Jika sudah sejuk keazaman sebulan yang lalu, inilah masanya untuk kita memanaskan semula keazaman itu.
Perkara yang patut diberi perhatian pada bulan ini ialah, 'apakah yang sudah saya lakukan untuk azam tahun baru 2012' saya?
Sebelum kita melangkah lebih jauh melalui bulan Februari yang singkat ini, ambil masa menilai diri, apakah yang sudah kita lakukan pada bulan Januari yang baru berlalu. Bagaimana Januari 2012, apakah bezanya dengan Januari 2010. Semakin baik atau sebaliknya atau sama sahaja. Juga, simpanlah azam untuk menjadikan bulan Februari 2012 ini lebih baik daripada bulan Januari 2012 yang sudah berlalu.

Saya selalu ingat dan percaya, 'perubahan kecil membawa kesan yang besar'. Oleh itu, saya suka mengusahakan perubahan-perubahan kecil dalam diri saya dari semasa ke semasa. Saya juga suka meraikan kejayaan-kejayaan kecil, agar ia mendorong dan menarik kejayaan-kejayaan yang lebih besar.

Sebagai muslim, elok juga untuk kita menyenaraikan kejayaan-kejayaan, perubahan-perubahan positif, rezeki-rezeki, kebaikan-kebaikan, amal ibadat dan apa yang berkaitan, yang sudah kita perolehi dan lakukan pada bulan Januari yang lalu. Pertama, bersyukurlah kepada Allah (SWT) kerana semua itu adalah rahmat dan kurnia-NYA jua. Selepas itu, ucaplah tahniah dan syabas kepada diri kerana itu cara menghargai diri dan mendorong diri bertahan dalam kebaikan dan agar diri melakukan yang lebih baik.

Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk menyenaraikan dosa-dosa, maksiat dan salah silap yang kita lakukan. Ingati ia, bertaubat dan berazamlah untuk memperbaikinya. Lihat juga, apakah punca-punca kesilapan dan kesalahan tersebut. Jika kita berniaga, untung rugi adalah lumrah, namun setiap kerugian dan kemerosotan dalam perniagaan kita perlulah disiasat. Begitu juga dalam kehidupan ini, salah silap adalah fitrah kita sebagai manusia, namun adalah perlu untuk kita melihat puncanya dan wajib bagi kita memperbaikinya.

Berazamlah untuk menjadikan bulan Februari ini lebih baik daripada bulan Februari 2011 dan bulan Januari 2012 yang sudah kita lalui. Usia yang dikurniakan Allah (SWT) kepada kita, kita tidak tahu entah sampai bila, maka salah satu cara mensyukurinya ialah dengan menggunakan usia dengan sebaik-baiknya.
Cara Menguatkan Ingatan

Kali ini aku nak berkongsi dengan korang cara menguatkan ingatan. Cara menguatkan ingatan ini sangat sesuai bagi pelajar atau mereka2 yang memerlukan ingatan yang kuat dalam kerja. Cara atau kaedah menguatkan ingatan ini sudah diamalkan oleh mereka sejak zaman dulu kala lagi. Betul ker? Menguatkan ingatan paling penting bagi tahfiz kerana mereka memerlukan ingatan yang kuat untuk menghafal sebuah al-quran.

Malah nabi kita pasti mengamalkan teknik menguatkan ingatan sebab baginda perlu menghafal pelbagai firman Allah yang diturunkan kepada baginda. Jadi betulkan teknik menguatkan ingatan ni sudah berkurun lamanya. Cuma kita jer yang malas nak amalkan teknik menguatkan ingatan ni. Mari kita lihat teknik menguatkan ingatan ni :

- Banyak membaca buku2 atau ilmu2 berbentuk pengetahuan dari hiburan.
- Memperbanyakkan aktiviti luar yang boleh mencergaskan dan cerdaskan minda.
- Selalu join seminar atau talk show sebab menggerakkan saraf otak untuk berfikir.
- Menatap dan renungi ayat Quran
- Otak selalu berfikir xkira nak kawen ker nak makan ker pikir jer.
- Berimaginasi menggunakan semua deria kita.
- Bertakafur dan berfikir tentang kejadian alam.
- Membaca, mendalami, memahami dan menghayati isi Quran.

Jadi korang bolehlah mengamalkan petua menguatkan ingatan ni. Sangat mudah bukan petua menguatkan ingatan ni memang ia lebih kepada aktiviti harian kita. Setiap pergerakan kita mampu menguatkan ingatan. Ini semua lebih kepada rohani kita. Untuk menguatkan ingatan kita perlu mula dari rohani.

Thursday, 26 January 2012

Anak Soleh dan Solehah


Bismillahirrahmanirrahim…




Alhamdulillah…Allah masih bagi kekuatan untuk ana menulis seterusnya mengupdate blog yang sekian lama tidak diupdate disebabkan kerja-kerja islam yang perlu diselesaikan (berlagak la tu macam orang lain takde kerja pulak… ) ditujukan kepada ana yer…jangan terasa pulak yang membaca…

Anak Soleh….

Itulah yang bermain difikiran ana…macam mane nak tulis yer??? Haa…anak soleh atau solehah ni idaman setiap mereka yang bergelar anak termasuklah ana sendiri… adakah kita tergolong dalam ciri – ciri anak soleh dan solehah??? Mari kita fikir sejenak dan ambil setiap point-point yang ana cube keluarkan semoga ia mempunyai faedah untuk kita bersama-sama…

1 ) Mentaati kedua ibu bapa

Anak yang soleh dan solehah ini sentiasa mentaati ibu bapa mereka selagi mana ia tidak terkeluar dari syarak…Kita yang sebagai anak ni adakah sentiasa mentaati kedua ibubapa kita ??? cube kita renung dan muhasabah balik diri kita…adakah kita pernah menaikkan suara di depan mereka ataupun kita pernah menyakiti hati mereka ???
Moga-moga kita tidak tergolong didalam golongan di atas…

Firman ALLAH di dalam surah AL-ISRAA’ ayat yang ke 23 juzuk yang ke 15 yang bermaksud : “ Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA ( ALLAH ) dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ ah “ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka ucapan yang mulia “.

Disini dapat kita melihat betapa untuk kita hendak menjadi anak yang soleh dan solehah perlu mengelakkan diri kita daripada berlaku kasar kepada kedua ibubapa kita apatah lagi meninggikan suara dihadapan mereka ketika mereka sudah lanjut usia…sentiasalah kita berdoa kepada kedua ibubapa kita dengan doa yang setiap kali kita baca selepas selesai solat : “ Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku , kasihani mereka sepertimana mereka mengasihiku dan mendidikku sejak kecil lagi “.amiin…

2 ) Tingkahlaku dijaga dan akhlak dipelihara.

Anak soleh dan solehah sentiasa menjaga tingkah laku daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengaibkan diri…apatah lagi melakukan perkara yang boleh mendatangkan malu kepada keluarga…Tidak dinafikan manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa terutama dosa kecil yang kadang kala kita tidak perasaan perkara yang kita buat itu mendatang dosa…tetapi ALLAH itu Maha Pengampun…apabila kita melakukan dosa , cepat-cepat kita beristiqfar dan memohon ampun kepada Yang Maha Esa…Untuk menjadi anak yang soleh dan solehah perlu kita menjaga akhlak kita,kerana akhlak merupakan faktor utama untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, jika akhlak kita tidak dijaga tidak mungkin kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah…

3 ) Amalan dijaga kerana Yang Maha Esa

Anak yang soleh dan solehah perlu menjaga amalan , dan amalan itu adalah semata-mata kerana Yang Maha Esa…Kadang-kadang kita sebagai manusia ini juga ada culas didalam melakukan amalan kepada Allah terutamanya di dalam solat…untuk menjadi anak yang solehah dan solehah perlu mendahulukan perkara yang wajib seperti solat diawal waktu…macam mane kita mahu menjadi anak yang soleh dan solehah jika solat kita tidak dijaga…apabila solat
kita dijaga insyaAllah,amalan – amalan kita akan menjadi lebih teratur…selain itu juga untuk menjadi anak soleh dan solehah ialah perlu menjadikan al-quran sebagai sahabat karib dikala senang dan susah…sentiasa basahi lidah dengan al-quran dan zikrullah…insyaAllah,untuk menjadi anak yang soleh dan solehah ada didalam setiap diri setiap mereka yang bergelar anak.

4 ) Tiada cinta selain cinta kepada Allah, Tiada rindu selain rindu kepada Rasulullah

Cinta merupakan fitrah bagi setiap manusia kerana manusia sememangnya memerlukan pasangan , Bagi anak yang soleh dan solehah, cinta Allah mengatasi cinta segala-galanya…apabila cinta Allah telah bertakhta dihati, cinta kepada Rasulullah adalah cinta seterusnya dan cinta ibubapa selepas itu…tiada istilah couple bagi setiap insan yang belum berkahwin kerana ia adalah nafsu semata-mata…bercinta selepas kahwin adalah nikmat yang paling berharga bagi setiap pasangan itu…oleh itu, bagi pasangan yang telah telanjur bercinta apa kata halalkan perhubungan itu dengan perkahwinan…nak jadi anak soleh dan solehah tak ??? Bila bercinta , mesti ada perasaan rindukan ??? Persoalannya, adakah rindu kita pada Rasulullah lebih lagi ataupun rindu pada kekasih mengatasi segala-galanya ??? Perkara ini sebenarnya tidak dapat dinafikan bilamana kita melihat sendiri anak-anak muda kita bilamana teknologi semakin canggih, perasaan itu boleh diluahkan melalui pelbagai cara seperti di handphone melalui ‘sms’…yahoo messenger dan sebagainya…tetapi kita kena ingat, biarlah rindu pada Rasulullah mengatasi segala-galanya…itulah ciri-ciri ingin menjadi anak soleh dan solehah.

5 ) Kasih sayang hanya pada ibubapa, Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi…

Anak soleh dan solehah perlu meletakkan kasih saying ibubapa yang paling utama daripada kasih sayang selain mereka kerana tanpa mereka tidak mungkin kita dilahirkan kedunia ini.Kita boleh melihat pengorbanan seorang ibu yang menanggung keperitan dan kepayahan mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari.Ibu jugalah yang sanggup bersengkang mata apabila anak tidak tido malam apatah lagi jika anak itu sakit,ibu jugalah yang akan menjaga kita.Jadi betapa kita wajib memberikan kasih sayang kepada ibu kita.Bapa juga tidak kurangnya,mencari rezeki untuk memberi makan kepada anak-anak dan menghantar anak-anak untuk menuntut ilmu.Apakah kita tidak merasakan betapa besar pengorbanan bapa kepada setiap anak…

Guru merupakan ibubapa kedua kita apabila berada disekolah…tiada guru yang mengajar anak murid mereka untuk bersikap biadap apatah lagi mengajar perkara – perkara yang tidak berfaedah…mereka semua mahu anak-anak murid mereka berjaya dan menjadi insan yang berguna untuk keluarga dan masyarakat..itulah sifat bagi seorang anak soleh dan solehah iaitu mengasihi dan menghormati guru-guru.

Anak soleh dan solehah juga perlu mengasihi teman-teman, tetapi sebelum itu biarlah mencari teman yang memberikan faedah kepada kita dengan saling ingat mengingati antara satu sama lain…bukan sekadar kawan biasa…sanggup berkorban dikala susah dan senang…itulah sebaik-baik teman…

Pesanan untuk anak lelaki

Buat anak lelaki…tanggungjawab sebagai anak lelaki lebih besar daripada anak perempuan…kerana apabila seseorang bapa telah kembali bertemu dengan Maha Pencipta, maka anak lelakilah yang perlu memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga…menjaga ibu dan keluarga…Oleh itu,apa yang perlu anak lelaki buat adalah, perlu mendalami ilmu terutama ilmu agama…jika kita melihat pada zaman sekarang, apabila berlaku kematian keluarga, terutama ibu bapa, ada anak-anak yang telah menswastakan untuk menguruskan jenazah ibu bapa mereka, anak-anak hanya perlu membayar…ini bukanlah ciri-ciri dan sifat-sifat anak yang soleh dan solehah…justeru itu perlulah anak lelaki perlu mendalami ilmu agama…anak lelaki juga perlu menjadi imam didalam solat sekiranya ibubapa suruh, bilamana solat berjemaah dirumah, keakraban dan kebahagian dalam keluarga itu terpancar…anak lelaki juga perlu menjaga dan membimbing keluarga terutama yang ada kakak atau adik perempuan…tanggungjawab anak lelaki adalah memastikan mereka ini menjaga aurat dan batas-batas pergaulan.


Pesanan untuk anak perempuan

Buat anak perempuan, tanggungjawab anda tidaklah seberat tanggungjawab anak lelaki, tetapi tidaklah anda sebagai anak perempuan mengambil kesempatan daripada itu…anak perempuan perlu menjaga aurat dan batas pergaulan mereka…dari segi aurat, anak perempuan perlu melabuhkan tudung hingga ke dada dan tidak memakai pakaian yang menjolok mata ataupun pakaian yang ketat…sesungguhnya bilaman seorang anak perempuan itu melakukan dosa , bukan sahaja diri sendiri yang menanggung dosa, tetapi bapa juga menanggung dosa anak perempuan itu…apakah anda tidak ada rasa kasih sayang kepada seorang bapa??? Amat kejam kepada mereka yang melakukan perkara sedemikian…ingatlah, sesungguhnya amat mudah mereka yang bergelar wanita itu untuk masuk syurga dan amat mudah juga untuk masuk ke neraka…ambillah untuk mudah masuk syurga dengan sentiasa mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya…untuk memilih calon suami, carilah calon suami yang bukan sahaja tahu asas dalam agama tetapi mampu membimbing seorang isteri…yang boleh menjadi imam dalam keluarga, dan mampu bertanggungjawab dalam keluarga….

“ Anak soleh dan solehah sebagai harta, hai ibubapa kami pertama anda, tidak jemu berdoa , agar sejahtera terpelihara”.
AWAK.....SAYA CINTA AWAK...!!!!

Awak...
hari ni awak nmpk serabut dan sepi
semua org kutuk itu ini


tapi ada gak hati yg puji
saya lak rse cam nk sntuh rambut awk nih
and tanya kat awk "Syg,U ade mslh ke ni..."

Awak...
hari ni awk senyum kat kiter tdi
tapi sya buat2 x nmpk lagi
skit lg sye nk cium tiang besi
seb baikla..kalo tak,pitam saye tdi...

Awak...
hari ni awk kelas sya sblh kiri
memang sya nmpk kelibat awk yg sya rindui
tapi sya buat2 x tgok awk tdi
pdhl bumi ni rs mcm dh x ckup graviti...

Awak...
hari ni awk nmpk comel skli
semua org ckp2 bncg sane cnie
tapi sya puji lam ht
pdhl,kalo ble nk jrit skuat ht...

Awak...
hari ni sya berlatih senyum kat sndri
k0t2 nnti awk "terlalu" kat dpn sya lgi
tapi awk x jln dpn sya kini
jadi,snyum pn dh x gna skrg nie...

Awak...
hari ni awk tego sye tnya psl diri ini
rase mcm nk bisu pn ade ni
tapi sya buat2 bisu dan tuli
pdhl nk biar je awk trus tego diri ni

Awak...
hari ni awk ade dkt sye lgi
ht sye kte mybe dh smpai jdh nie
tp sya x tau nk ckp ape2 stkt nie
jd sya blah cm2 jer lps mkn mee...

Awak...
hari ni berubah situasi
tapi hati ni x mgkin brbh utk diisi
utk awk sya still kat cnie
walaupun dh lme rmai yg nk isi...

Awak...
hari ni sya nmpk awk kt McD
tp awk x mcm dlu lgi
mybe sbb awk dh x sndri lgi
jd sya terdiam sndri

Awak...
Hri ni sya mnysal sbb ego yg tnggi
tp sya dh xde hrpn kat cnie
sya tau awk dh serik kt dri
jd, nk x nk....terpksa la bersndri...

Awak...
hri ni sya tg0k gmbr kita snyum mse mula2 kwn bru2 ni
tp gmbr tggl gmbr kini
nk buang syg...nk smpn rse x ingin
sbb...awk tau kn?? Awak "Cinta Pertama" hati ni...

Awak...
esok antra kita ada "balai berlepas" pergi
esok...tiada esok utk sya lgi
esok juga...tiada esok utk awk di sini
slmt tggl kksh pujaan ht...

Awak...
smoga suatu hr nnti sya menginsafi diri
x nk ego yg tggi mcm KLCC
mngglkn persoaln CINTA yg kini tiada lgi
terlepas awk pergi....sbb suke men tarik tali...

Awak...
sblm prgi dr hdp awk ni
ingin sya berpesan kat cnie
sya jnji sya akn tggu awk hgga mati
semua ni utk awk kksh ht
sesungguhnya perknln dgn awk anugrah Illahi
yang terindah pernah sya miliki
sbb awk sya knl CINTA SEJATI...



Semoga kita ketemu di syurga nanti.....
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang & bukan siapa dia sebelumnya...kisah silam tidak perlu di ungkit lagi,kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati...
Hilang Dara di Malam Valentine

Tiap kali menjelang Hari Valentine, macam2 cerita yang kita baca dan dengar. Ada yang sanggup menggadai maruah, ditangkap khalwat dan pelbagai lagi. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi seluruh pasangan di seantero dunia akan meraikan sambutan hari valentine. Jadi, aku rasa berminat nak post entry pasai kisah benar seorang remaja perempuan yang hilang dara di malam valentine. Kisah ini aku ambil daripada sebuah majalah tempatan (Malaysia). Jom kita ikuti temubual eksklusif antara wartawan majalah tersebut bersama dengan remaja perempuan yang bernama Eima ini.

Sebelum I nak tanya dengan lebih lanjut pasal kejadian yang menimpa you ni, boleh tak you kenalkan diri you dulu? Biasalah, tak kenal maka tak cinta...

Hehehe... Gatai jugak you ni kan.. Nama I Eima, umur 26 tahun dan sekarang tinggal menyewa di Serdang. I asal Kedah.. Hmmm, ada apa2 lagi yang you nak tanya? You ni macam polislah pulak.. Seram I.. Hehehe..


Ish, polis apa ke bendanya! Kalau polis, dah lama I tangkap you ni..


Tangkap bawak pergi mana tu? Bawak pergi balai, ke bawak pergi tempat lain? Hehehe..


Hahaha.. No comment! Okeylah, berbalik kepada cerita asal kita tadi, sebenarnya you ada pengalaman pahit sempena Hari Valentine sebelum ni kan? Ceritalah sikit..


Yup, memang betul. Time tu I baru saja setahun menjejakkan kaki di KL. Kalau boleh I tak nak ingat lagi dengan peristiwa tu. Cukuplah dengan apa yang dah jadi.


Bukan maksud I nak suruh you imbas balik kenangan pahit yang menimpa diri you tu, tapi manalah tahu dengan cerita you ni dapat memberi kesedaran pada remaja2 kita yang sedang kemaruk sangat nak sambut valentine day ni. Sekurang-kurangnya mereka dapat beringat dan lebih berhati-hati dalam hal ni.


Okeylah, kalau macam tu biar I cerita kat you. Kisahnya macam ni, waktu tu I baru jer berhijrah ke KL ni. Niat I Cuma satu iaitu nak cari kerja. Masa mula2 datang tu, I duduk menumpang dengan kakak saudara di Selayang.

Dipendekkan cerita I pun dapatlah kerja kat sebuah pusat pakaian di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mula2 kerja tu memanglah seronok. Tambah pulak kawan2 pun ramai. Habis kerja je kita orang akan merayau ramai2. Pergi tengok wayanglah, pergi karaoke, pergi disko.. Pendek kata semua tempat kita orang masuk. Jadi, bila dah bebas macam tu, ramailah lelaki2 yang kita orang kenal. I pun tak ketinggalan berkenalan dengan seorang pemuda yang boleh dikategorikan sebagai hensem. Namanya Zamarul. Jadi, bila dah kenal dengan dia ni, I selalu keluar berdua dengannya hinggakan I dah tak join dengan kawan2 tempat kerja lagi.


Okey, seterusnya?


Dua hari sebelum sambut hari valentine tu, boyfriend I janji nak buat surprise untuk I. Jadi, waktu tu I betul2 rasa teruja. Tak sabar rasanya tunggu hari valentine tu. Macam2 perkara bermain kat kepala I. Dalam hati tak sabar nak tunggu surprise daripada si dia. Jadi bila tiba hari tu, kita orang jumpa di tempat biasa. Lepas makan dan bersiar-siar, boyfriend I ajak ikut dia balik ke rumah sewanya. Mula2 I tolak sebab takut nanti kakak saudara I risau sebab I tak balik rumah. Tapi bagai nak rak dia ’ayat’ dan pujuk rayu I, sehinggalah akhirnya I mengalah juga. Lagipun dia kata surprise yang dia nak kasi kat I tu ada kat rumah dia. Fikir punya fikir, akhinya I setuju ikut dia. Jadi, malam tu I pun overnite kat rumah sewa dia.

Lepas tu apa jadi?


Sampai je kat rumah sewa tu, terus dia bawa I ke bilik dia. Sebenarnya I pun malas nak lepak kat ruang tamu sebab mesti ramai member serumah dia yang balik lewat malam nanti. Tak pasai2 dia orang fikir lain pulak. Sampai je kat bilik dia, terus I tanya apa surprise yang dia nak kasi kat I tu. Dia kata, releks dulu, kejap lagi dia akan kasi. I yang lurus bendul ni pun tunggulah kat dalam bilik tu. Tak lama lepas tu, dia datang dan beri I segelas air. I yang tak tau apa2 ni pun teguklah air yang dia kasi tu. You tau tak apa yang jadi kat I?

Eh, dah you tak cerita manalah I tau..


Lepas minum air tu terus I tak sedar. I tak taulah apa benda yang dia campur kat dalam air tu. Yang I tau, bila I dah sedar, pakaian I semua dah takde, badan lemah dan seluruh sendi2 rasa sakit. Dalam hati I cakap, confirm aku dah kena rogol dengan mamat ni.


Tindakan you lepas tu?


I jadi blur. Tak tau nak buat apa. Bila I tanya kat dia, dia kata itulah surprise yang dia nak kasi. Tapi I percaya, rasanya bukan dia sorang je yang ’projek’ I malam tu.

Macam mana you tau pulak?

Sebab masa I keluar bilik tu, geng2 rumah dia semua tersengih-sengih beruk kat I. Lepas tu siap perli2 I cakap ”Barang baiklah, performance tip-toplah. Jadi, dari situ I boleh tangkap apa yang dia orang cakap tu.


You tak buat report polis ke?

Tak, sebab I tak nak malukan family I kat kampung. Lagipun, apa pulak kata kakak saudara I nanti. Dahla tumpang rumah dia, tiba2 pulak jadi hal macam ni. Lagipun I yang salah. Kalau I tak ikut dia malam tu, confirm I tak kena rogol.

Mungkin itu pengajaran bagi you. Nampaknya memang betullah dia buat surprise kat you malam tu. Jadi, tahun ni ada hati nak celebrate valentine lagi tak? Ataupun dah serik terus?


Hehehe.. entahlah,tak tau lagi. Lagipun sekarang ni I solo, takde boyfriend. So, nak celebrate valentine day dengan siapa? Dengan You ke? Hehehe..

Hahaha.. last sekali apa pesanan you kat pembaca2 yang sedang baca kisah you ni?


Ambillah kisah I ni sebagai iktibar. Fikir dulu kalau nak buat apa2 pun. Jangan nanti menangis berdarah pun dah tak guna. So, jagalah maruah anda semua. Jangan sesekali memalukan nama keluarga anda. Itu je kot..

Thursday, 19 January 2012

Kenapa harus ada cinta?

Cinta itu seperti art yg indah dan agung,
berbahagialah yg pernah mendapatkannya meskipun tidak abadi

Cinta tidak membuat dunia berputar
Cinta inilah yang membuat perjalanan tersebut berharga

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain,
tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.

Bel bukanlah bel sebelum engkau membunyikannya
Lagu bukanlah lagu sebelum engkau menyanyikannya
Cinta di dalam hatimu tidak diletakkan untuk tinggal di sana

Cinta bukanlah cinta sebelum engkau memberikannya
Nafsu adalah emosi
Cinta adalah pilihan
Cara untuk mencintai sesuatu adalah dengan menyadari
Bahwa sesuatu itu mungkin hilang

Cinta adalah kunci induk yang membuka Gerbang kebahagiaan
Kekasih yang bijaksana tidak menghargai hadiah dari kekasihnya
Sebesar cinta dari si pemberi

Jika anda ingin dicinta, mencintalah
dan jadilah orang yang pantas dicinta

Di antara mereka yang saya sukai atau kagumi,
saya tidak dapat menemukan suatu kesamaan
Tetapi di antara mereka yang saya kasihi,
saya dapat menemukannya: mereka semua membuat saya tertawa

Persahabatan sering berakhir dengan cinta
Tetapi cinta kadang berakhir BUKAN dengan persahabatan

Kita harus sedikit menyerupai satu sama lain
untuk mengerti satu sama lain
Tetapi kita harus sedikit berbeda
Untuk mencintai satu sama lain

Cinta yang belum matang berkata:
"Aku cinta kamu karena aku butuh kamu"
Cinta yang sudah matang berkata:
"Aku butuh kamu karena aku cinta kamu"

Cinta memasukkan kesenangan dalam kebersamaan
kesedihan dalam perpisahan harapan pada hari esok kegembiraan di dalam hati

Siapa pun yang mempunyai hati penuh cinta selalu mempunyai sesuatu untuk diberikan
Cinta sejati dimulai ketika tidak sesuatu pun diharapkan sebagai balasan

Segera sesudah kita belajar mencinta
Kita akan belajar untuk hidup

Cinta...
Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain
Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak berarti

Cinta tidak dapat dipaksakan
Cinta tidak dapat dibujuk dan digoda
Cinta muncul dari Surga tanpa topeng dan tanpa dicari

Cobalah bernalar tentang cinta dan engkau pun
akan kehilangan nalarmu

Tuesday, 17 January 2012

CARA MENAMBAT HATI LELAKI
....hny utk kaum hawa shj TAU..!!!!n_n.
Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?

Terima lelaki agar dia menerima anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ” Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

Fahamilah lelaki agar dia memahami anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

Berubah untuk menikmati perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

Sanggup memberi untuk menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

Percaya untuk dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Menangkan lelaki untuk menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.

Sifat negatif akan membuah kesan negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.

Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab

Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.

Kritikan akan membuahkan kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.

Beri kepada lelaki apa yang dia mahu

Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

Tunjuk minat tulin terhadap lelaki

Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.

Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.

Panggillah lelaki dengan panggilan manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

Hormati dia sebagai lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.
Dunia Lelaki Yang Berbeza Dari Wanita

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki

Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran

Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.

Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.

Lelaki juga mahukan sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…”

Lelaki dan ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.

Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Janinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki.

Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. Tetapi jika tanpa emosi seks boleh dilakukan juga oleh lelaki.

Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki.

Lelaki suka menyelerak

Lelaki bersifat suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tak langsung dengan menyelerak.

Lelaki diumpan menerusi matanya

Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan. Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya. Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa

Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.

Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:

1.Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan
2.Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.
3.Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.
4.Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.
5.Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita.
6.Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.
7.Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.
8.Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.
9.Bersikap penggoda keran awanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.

Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.
Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki

Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.

1.Personaliti seorang wanita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut.

2.Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan.

3.Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita.

4.Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka.

5.Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya.

Walaubagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita.
HIDUP SELEPAS PUTUS CINTA!!!!


HIDUP selepas PUTUS CINTA sememangnya, huru hara that I would say! Mereka yang pernah putus cinta tahulah macamana rasanya… macamana kesannya. Anda pernah putus cinta?

Let me list down… bagaimana kesannya, dan bagaimana hidup selepas putus cinta :-

Ada yang terasa seperti segala-galanya sudah tidak bermakna lagi dalam dunia ni.
Ada pula yang merasa sudah tidak ada tujuan hidup lagi.
Ramai pula yang masih tergila-gila kan bekas kekasih walaupun sedar sudah putus cinta.
Kadang-kadang tengah tengok tv pun, perasaan melayang entah kemana-mana.
Wajah yang manis, mungkin mencuka sepanjang masa.
Ada pula yang berhari-hari tidur je… tak pergi kerja, tak keluar rumah, tak makan, tak mandi.
Some of them, senyum je selalu among friends, tapi semua itu hanya buat-buat macam okay la kononnya…dalam hati, merana giler!
Ada yang lucky to have friends around yang datang membantu secara emotionally. Datang memberi support. Which is very good. BUT actually, it’s not helping!
Bagi mereka yang tabah, strong dan bermotivasi, mereka akan cuba untuk mulai bercinta kembali dengan yang lain… but most of them akan gagal lagi dan lagi. Mereka akan kecewa dan bosan… kerana masih teringat kekasih lama.
Ada yang berjalan-jalan seorang diri di khalayak ramai, terasa seperti zombies… seolah-olah seperti mayat hidup yang tanpa deria rasa atau apa-apa deria lagi…
Ramai yang masih menangis-nangis, merayu-rayu semasa menelefon kembali bekas kekasih yang sudah lama nekad tidak akan kembali pada ex. Kesian… dan amat pathetic!
Ada yang berdendam… tekad sekali untuk menghancurkan hidup bekas kekasihnya, sehingga mereka membuat keputusan yang bodoh dan melampau. Sedangkan dalam hati, mereka masih cinta.
Sesetengah tu, mencuba untuk memikat kembali bekas kekasih… tetapi akibat terdesak, tingkah laku mereka agak kurang matang dan keputusan yang diambil juga lemah dan tidak berkesan.
Ada juga yang putus cinta dengan baik. Bekas kekasih masih in contact, masih berkawan, masih berbual di talian… dalam hati Tuhan saja lah yang tahu betapa masih cinta… namun at the end, still kecewa, kerana bagi dia..segala-galanya sudah berakhir dan tidak akan menerima kita lagi…
Secara psikologi nya… apabila seseorang itu sudah putus cinta, ketegangan di dalam diri mereka akan menguasai jiwa dan nafsu mereka sehingga mereka menjadi seorang yang sudah tidak menarik lagi…
KESIMPULANNYA…

Kehidupan selepas PUTUS CINTA… SUCKS!! Menyakitkan, mengecewakan, menyedihkan, membosankan, merana jiwa…dan tiada siapa pun yang dapat membantu!

We can pretend seperti everything is okay… but the truth is…it is NOT! Sakit beb… frust giler, …tapi that’s LOVE IS ALL ABOUT. Kita kecewa, kita berduka… kita merasa itu semua untuk kita akan lebih menghargai lagi kehidupan ini, kita akan lebih hargai cinta yang hadir nanti.

It makes us become wiser…lebih matang dan bijak membuat keputusan. It’s a process untuk semua insan melaluinya dan belajar dari kesilapan.

MY ADVISE :

Cool down dulu sebelum memulakan sebarang perhubungan cinta…, take your time untuk muhasabah diri… kalau kereta, OVERHAUL dulu hehehe….

Luangkan masa untuk diri sendiri lebih sikit. Manjakan diri dengan proses membaik pulih, jiwa dan nurani.
Lalui rawatan-rawatan semulajadi seperti ke spa, jacuzi, berendam dengan air garam bukit, serta selalu-selalu nikmati mandian air laut yang masin tu, it calm you down for sure.
Amalkan pemakanan kesihatan, something yang boleh membuang toksid dalam badan. Yang boleh memberi tenaga dan menyihatkan serta menyegarkan wajah anda.
Mesti Rasai suasana kampung, atau suasan kekeluargaan dan rapatkan diri dengan keluarga lebih-lebih lagi.
Tuhan anda? ALLAH swt? …itu tak perlu nak cakap lah. Sudah satu kewajipan. So, kembali kepada yang Maha Esa.
DO ALL THIS… InsyaAllah, anda akan kembali tenang dan dapat rasakan diri anda kembali menarik!

Ya, ramai yang tanya, “cukup ke dengan mengamalkan semua tu… macamana nak tangani hidup selepas putus cinta ni… ”
well, my answer is,

Apabila kita MULA melakukan sesuatu untuk diri kita sendiri… itu adalah langkah pertama ke arah kebahagiaan…

Langkah kedua, HADAPINYA DENGAN SENYUMAN, be cool… relax… KERANA, hanya MASA akan mengubat kedukaan kita, hanya MASA akan mengubah dunia kita, HANYA masa yang membahagiakan kita nanti… TIME WILL HEAL US!

Jangan lari, jangan sembunyi, jangan benci …hadapinya, rasakan sakit itu sampai sudah tidak sakit lagi. Rasakan kekecewaan itu sehingga sudah tidak ada apa-apa lagi yang boleh mengecewakan kita. Orang tua-tua selalu berkata… “Alah bisa…Tegal biasa”

Amat bermakna maksudnya… Apabila segala-gala kekecewaan dan kedukaan dari putus cinta itu sudah menjadi biasa…segala-galanya sudah tidak memeritkan lagi. Bagaimana untuk membuatkan ianya biasa? … Kenalah biasakan diri dengan semua keperitan itu. In time… you’ll feel nothing at all, boleh lah mula bercinta lagi!

Be strong and BELIEVE you can do it!
Asmaul Husna



Dalam agama Islam, Asmaul Husna (bahasa Arab: اسماء الله الحسنى) adalah sembilan puluh sembilan (99) asma (nama) Allah SWT yang terbaik. Sejak dahulu para ulama telah banyak membahas dan menafsirkan Asmaul Husna ini. Meskipun timbul perbezaan pendapat tentang jumlah nama itu, ada yang menyebut 132, 200, bahkan 1000 nama, namun menurut mereka, yang terpenting adalah hakikat Zat Allah SWT yang harus difahami oleh orang-orang yang beriman.
Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.
Para ulama berpendapat bahwa kebenaran adalah ketetapan dengan kebenaran yang lain. Dengan cara ini, masyarakat Muslim tidak akan mudah menulis "Allah adalah ..." kerana tiada satupun yang dapat disetarakan dengan Allah. Perbahasan berikut hanyalah pendekatan yang disesuaikan dengan konsep akal kita yang sangat terbatas ini. Semua kata yang dilekatkan pada Allah harus difahami keberbezaannya dengan penggunaan wajar kata-kata itu.
Para ulama menekankan bahwa Allah adalah pencipta dan penguasa alam yang abadi dan alam yang fana. Semua nilai kebenaran mutlak hanya ada (dan bergantung) pada-Nya. Dengan demikian, Allah Maha Tinggi. Tapi juga Allah Maha Dekat. Allah Maka Kuasa. Tapi juga Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Sifat-sifat Allah dijelaskan dengan istilah Asmaul Husna, yaitu nama-nama yang baik.

Thursday, 12 January 2012

12/1/2012_8.45P.M_Dewan Mini UITM Kedah.

alhamdulillah....TAHNIAH la bg team Karisma Bola Sepak UITM KEdah...TAHNIAH2...sbg student,aq ase bngge la ...n_n\

kalu nk ikut mlm 2 aq nk g training badminton....xtau la plak mlm 2 ad game UITM Kedah vs UITM Penang....fuh,nk g training pon teragak2...hahaha...mcm tau2 ja mlm 2 nk mng...
yg powernyew,UITM Kedah menang besar lak...perh....TERBAEKKKKK ar....7-0 tu...

nk hbq player yg score pon xtau nme pnoh...,juz tau nme pnggilan ja...
1.Wan Din
2.Roy
3.Dik Wan...

kalu mng game nie...,team yg mng dpt la join jd wakil utara antara liga IPT...fuh....
da mng mmg lyak la kn..???hahaha...ap2 pon..TAHNIAH ...n_n

Wednesday, 11 January 2012

WAhai remaja2 sekalian.....bca la sdikit panduan ini utk menempuh hri2 yg berliku....n_n


» » » » JODOH ADALAH TAKDIR « « « «

••► Takdir adalah ketentuan dan kehendak Allah S.W.T dan jodoh yang telah menjadi pasangan hidup atau yang masih berusaha mendapatkannya adalah atas kehendak dan ketentuannya..Semuanya telah tertulis dalam Luh Mahfuz.

••► Jadi jika seseorang itu ditakdirkan untuk menjadi jodoh kita,tidak akan ada satu tangan pun yang dapat menghalanginya atau memisahkannya.
...
••► Tetapi, jika dia telah ditakdirkan bukan untuk menjadi jodoh kita, atau tidak tepat untuk kita..Walau ada seribu tangan yang membantu,dia tetap bukan milik kita.

••► Tetapi kita harus berussaha menjaga jodoh yang terbaik atau mendapatkan yang terbaik karena Allah Swt akan mempertimbangkan usaha dan doa hambaNya.
Huh....malam nie terbaik ar......abiz2 jew tgok team soley2 pnyew game,tpat pkol 8 sume warga kolej pergi stadium mini uitm....ad event SUKOL lak....hahaha...tp terbaik gak ar...aq juz mluat ckit dkt m.c majlis SUKOL td....ayat....alamak...mlugai aq...pelat pe ntah yg dy gnew...ckp cover nk mmpus...
mse SUKOL ari 2,aq ad msok game futsal,men xsberapa pon...hahaha...(aq ja la)nme team aq IZZAL FC...player dy mai dri roomate aq sndri...ad gak ckit2 import membew2 roomate len..hehehe...tp 2 la....mlm nie mmg first time la aq dpt medal yg btol2 mcm medal...haha...xsngka aq.....bla lg la plak aq nk dpt medal mcm 2..klau mcm skola dlu medal xmcm medal...ringan nk mmpus...nk gtau owg aq dpt medal pon malu....haha...yg aq dpt mlm nie,bratny xdsngka2...haha
Elok2 ja lpz event ending SUKOL 2..,truih aq nan membew aq g court tenis dkt ostel pompuan,ad meeting nan bdak2 KESAT yg nk g kem...,,lusa.dkt Kuala Nerang lak....kem pe ntah nmeny....lpe lak aq...haha.............n_n.

tarikh:11-1-2012
jam:11.52
tempat:dalam bilik


AHLI2 IZZAL FC
1.Amiruddin Rosli
2.Amirul Helmie Ibrahim
3.Izreel Ishak
4.Fikri Suhaimi
5.Khoirunazim Zamri
6.Hafifi Rusli
7.Farhan Zakaria
8.Hazwan Shah

Tuesday, 10 January 2012


ad spa2 knai..???hahahaha..ni classmate aq..ni bkn posing sja2 nie..nie kes nyorok dr lecture...but laZ2,face 2 face gak ngan lecture 2..hahaha..MNYOROK LA SLGI ANDA BOLEH..try ur bez..HAHAHAHa..n_n


Assalamualaikum.....ampa nmpk x gmbq pa nie....kalu ampa nk tau ni la pic kolej...KOLEJ MALINJA...hahaha..pd spa2 yg tau...diam2 ja yew....time nie msew malinja dlm kegelapan cuz xdak current...huhuhu...spa yg bwu abiz men bola 2 mmg panas thap ar....kipas xbrfungsi..hahaha


[ ha..........ni la sy pnya classmate....xp xla sume....cbb rmai yg terburu2 blek...ad yg xlrat la....ad yg nk p SUKOL la...mcm2 alasan la...hahaha....besa la ....REMAJA....gmbq2 nie time kmi bwu abiz klaz BEL210...]HAHA
‎[ ❤ BERIKUT ADALAH MAKSUD PEMBERIAN/HADIAH LELAKI KPD PEREMPUAN ❤

✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu ツ
✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi ツ
✔ GELANG → Tanda mesra ツ
✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian ツ
✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan ツ
✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin ツ
✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu ツ
✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi ツ
✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta ツ
✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan ツ
✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur ツ
✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang ツ
✔ COKLAT → Semanis cintamu ツ
✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan ツ
✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat ツ
✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup) ツ

Tetapi hadiah yang paling di nanti-nantikan oleh setiap perempuan adalah...
❤ MASUK MEMINANG → Tandanya dia serius n betul2 ikhlas mencintai kamu ツ]
spa2 nk link chat utk image angry bird.....

?[[281009981935146]] = Angry Birds (Red)
[[256818347700489]] = Angry Birds (Yellow)
[[193529790728507]] = Angry Birds (Green)
[[217925061621173]] = Angry Birds (Black)
[[217925114954501]] = Angry Birds (Blue)
[[217925181621161]] = Angry Birds (White).......try la..!!!!
Assalamualaikum....nama diberi Muhammad Amirul Helmie Bin Ibrahim......umo 18,study kat UITM Merbok....dkt ja dgn umh...kalu nk ikut lbey kurang 200meter jew dari umh....blog nie nk ktew bwu buat bley la....ni pon atas ikutan membew2....hahaha....2 yg nmpk mcm xsiap g ....xp insyaAllah,nk dkt siap da...

hahaha....hope rmai la yg nk follow blog nie.. agk2 rmai xtau yg nk follow...???kta 2nggu dan lihat..........n_n.

BCA LA CKIT BWH NIE SBG MUQADDIMAH BLOG...HAHA...

Tips Gadis (Isteri) Yang Tidak Disukai Para Pemuda (Suami)
Pertama : wanita cemburu
Suka akan cemburu merupakan sifat yang pertama sekali yang tidak diminati oleh seorang suami dari isterinya. Cemburu disini merujuk kepada keraguan atau kurang kepercayaan. Para suami meminta akan sebahagian sifat cemburu itu untuk memperkuatkan ikatan cinta mereka, akan tetapi mereka menolak ketidak percayaan (keraguan) yang boleh menimbulkan pelbagai permasalahan dalam rumah tangga. Para suami menginginkan kepercayaan dari isteri mereka tetapi tidak perlulah berlebih-lebihan sehingga setiap langkah mereka lalui perlu dicerita dan diungkapkan.

Kedua: wanita keego seperti ratu
Adapun yang kedua adalah wanita yang ego seperti ratu, yang ingin berkuasa, inginkan cinta suaminya hanya kepadanya semata-mata, kepatuhan, dan sentiasa tunduk hanya kepadanya sahaja. Dia akan marah melihat suaminya lebih mementingkan orang lain atau mencintai selain darinya. Seperti cemburu kepada sanak saudara, atau teman-teman suaminya. Tindakan seperti ini kadang-kadang boleh menimbulkan banyak masalah. Dengan sikap sedemikian itu, isterinya telah mengehadkan keperibadian suami, ini akan menyebabkan timbulnya permasalahan dengan sanak saudara dan teman-teman suaminya . dengan sikap seperti itu, isterinya telah menjadikan suami kurang selesa dan boleh ketahap benci dengan kehidupan rumah tangganya. Sikap seperti itu bukannya dikatakan cinta tetapi lebih kepada penguasaan, pemilikan. Maka wajib bagi isteri ini untuk melakukan perubahan dan sedar akan tingkah laku tersebut. Tidak mungkin si suami akan terlepas dari kerabat saudara mara dan teman-temannya dan begitu juga sebaliknya.

Ketiga : Wanita derhaka
Yaitu isteri yang tidak redha dengan kehidupan rumah tangganya. Dia sentiasa membantah dan membangkang akan suaminya tentang segala sesuatu. Isteri seperti ini tidak bersikap “gonaah” iaitu menerima apa seadanya, sentiasa mahukan tambahan dan lebih dalam segala sesuatu. Dengan sikap seperti ini, dia telah memberi satu tekanan terhadap suaminya bagi memenuhi kesemua keinginannya. Dia tidak perduli darimana dan bagaimana si suami boleh memenuhi kesemua tuntutannya, apa yang penting baginya adalah kehendaknya tercapai dan dipenuhi. Isteri seperti ini dikatakan jenis perosak rumah tangganya sendiri. Dia hanya mencari kebahagian hanya untuk dirinya sahaja terutama dari segi harta dan bukannya cinta. Dia tidak menjaga suami dan rumah tangganya. Pada kebiasaanya keadaan seperti ini akan berakhir dengan penceraian.

Keempat: wanita yang lalai dan alpa
Wanita seperti ini tidak layak untuk digelar isteri. Dia langsung tidak menaruh perhatian terhadap suami dan rumah tangganya. Tidak berusaha untuk memenuhi kehendak dan keperluan suaminya. Di sini si suami merasakan tidak mendapat perhatian dan isteri tidak mencintainya atau seperti diri suaminya tidak wujud. Kadang kala boleh menyebabkan si suami bertindak kasar terhadap isterinya bagi tujuan membetulkan keadaan. Akan tetapi jika si isteri tidak berubah juga, maka akan sulit bagi suaminya. Hal ini menjadikan si suami tidak menaruh perhatian terhadap isteri dan tidak mesra dalam segala hal dan boleh berakhir dengan perpisahan. Maka mulai sekarang, sebaiknya isteri mula memberikan perhatian dan memainkan peranan mereka terhadap suaminya.

...............................................................................................